Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat
murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh
tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi
menyertai program-program berikut :
a) Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan
PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.
b) Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan
Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk
kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.
c) Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program
Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.
d) Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke KolejPERMATApintar UKM pada Tahun 2018.
Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15
Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my/ Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga
boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.
Adalah dinasihatkan supaya murid-murid menjalani ujian ini di rumah supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada soalan-soalan ujian itu.
No comments:
Post a Comment