Wednesday 15 February 2017

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH, KETUA DAN PENOLONG KELAS



Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas Kokurikulum , Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun  kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian , Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan pada Isnin, 13 Februari 2017 sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah dipilih.





MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-12


Monday 6 February 2017

PERMATA PINTAR - UJIAN SARINGAN UKM1

Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi menyertai program-program berikut :

a) Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.

b) Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.

c) Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.

d) Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke KolejPERMATApintar UKM pada Tahun 2018.

Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15 Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my/ Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.

Adalah dinasihatkan supaya murid-murid menjalani ujian ini di rumah supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada soalan-soalan ujian itu.



PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN SEKOLAH SELAMAT

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih positif.








Thursday 26 January 2017

FUN RUN FOR HEALTH 2017



 



 

 

 



PROGRAM GURU PENYAYANG DAN PENYERAHAN MENTOR MENTEE 2017

Bertemakan 'Murid Disayangi, Guru Disanjungi', majlis pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee 2017 telah berlangsung pada 23 Januari 2017 bertempat di dataran perhimpunan SKPP 9(2). Program Guru Penyayang  merupakan program yang melibatkan proses interaksi guru dan murid dari segi memberi bimbingan, sokongan dan nasihat kepada murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit HEM JPWPP, Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim.







Saturday 21 January 2017

MAKLUMAN KELAS ROBOTIK

SKPP9(2) dan World of Robotics Sdn Bhd akan menjalankan kelas robotik. Ibu bapa yang berminat digalakkan untuk menghantar anak2 menyertai kelas ini.

Maklumat adalah seperti  berikut:

Hari        : Rabu
Masa      : 1.45 -2.45 ptg
Sasaran : Tahun 4,5
Tempat  : SKPP9(2)
Bermula : 18 Jan 2017



Hari         : Jumaat
Masa       : 2.45-4.45 ptg
Sasaran  : Tahun 1,2,3
Tempat   : SKPP9(2)
Bermula : 20 Jan 2017


Pendaftaran:

Tempat             : Dewan Sekolah
Yuran                : Pendaftaran    = RM50
   Yuran bulanan = RM60
 

Cara pendaftaran:

1. SMS :   SKPP9(2), nama murid, kelas  ke  nombor 018-9001347
2. Isikan borang dan bawa semasa hari pendaftaran.
3. Bayar ke World of Robotics Sdn Bhd , akaun Public Bank menerusi no akaun 3172285034.
4. Bawa resit pembayaran semasa pendaftaran.
5. Pembayaran juga boleh dibuat secara tunai semasa hari pendaftaran kepada wakil World of Robotics.

6. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Erik melalui WhatsApp (016-6339292)