PROFIL

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

SK Putrajaya Presint  9 (2) telah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2005.  Jumlah murid pada waktu ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1 hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 setesen termasuk bilik penyelaras. 

Dipimpin pentadir berpengalaman luas dalam pelbagai bidang. Struktur pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Penyelaras Pendidikan Khas manakala 36 orang guru-guru akademik dan 8 orang guru mengajar di kelas pendidikan khas.

Pada tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas  keseluruhan sebanyak  31 buah kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran sehingga bulan Mac 2006. Sekolah turut mencatatkan sejarah memandangkan pada tahun pertama pembukaannya mempunyai seramai 67 orang calon UPSR. Keputusan pencapaian bagi tahun 2005 barjaya mencapai 8 orang murid 5 A.

Rekabentuk bangunan sekolah yang moden dilengkapi dengan pelbagai peralatan berteknologi tinggi mampu mewujudkan suatu persekitaran persekolahan yang efektif. Sekolah dilengkapi dengan kemudahan lif, cctv, dewan serbaguna, peralatan siaraya, unit-unit pembelajaran pendidikan khas, kelengkapan berbagai-bagai bilik khas dan sebagainya menjadikan sekolah sebagai salah satu daripada yang terbaik di Putrajaya. Kelengkapan bagi sekolah pendidikan khas merupakan yang termoden dan terbaik di Putrajaya.


LENCANA SEKOLAH

MAKSUD:

GAMBAR BUKU
Melambangkan sekolah tempat menuntut ilmu.

LAMBANG MSC
Melambangkan bahawa Negara Malaysia menuju ke arah era globalisasi multimedia dan teknologi.

JALUR PUTIH DAN MERAH
Jalur putih kesucian hati nurani warga sekolah dan jalur merah menunjukkan keberanian dan semangat juang yang tinggi warganya dalam melaksana tugasan dan amanah yang diberikan.

i
Melambangkan penggunaan teknologi dalam pendidikan

WARNA JINGGA, BIRU
Jingga melambangkan keceriaan dan warna biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam seluruh warganya.


BENDERA SEKOLAH


MAKSUD :

WARNA MERAH, PUTIH, BIRU DAN JINGGA
Warna merah melambangkan keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam penglibatan warga SKPP9(2), warna putih melambangkan kesucian dan ketulusan hati dalam menjalankan tugasan yang diberikan, jingga melambangkan keceriaan dan warna biru menunjukkan perpaduan dan kerjasama dalam seluruh warganya.

LAMBANG SEKOLAH DI TENGAH BENDERA
Menunjukkan pembangunan modal insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah diri.


LAGU SEKOLAH


Kami berjanji padamu
Tuntut ilmu membangun nusa
Berusaha bebudaya
warga cemerlang gemilang terbilang
Marilah kita bersama
jayakan apa yang dirancang
Pemimpin berganding bahu
menggapai misi impian jadi realiti
SKPP 9 fasa 2

Usaha ilmu canggih berteknologi terkini
Terus bermaruah
junjungan kedaulatan negara
Bangunlah anak bangsa
teruskanlah kemajuanmu
Buktikan pada dunia
di putrajaya kita berjaya
terus berjaya.......

MOTO

“USAHA CEMERLANG TERBILANG”

USAHA

Daya usaha atau ikhtiar untuk mencapai sesuatu hasil usaha warga sekolah dalam mencapai matlamat dan hasil kerja yang cemerlang bagi setiap warga didiknya bagi meningkatkan dan memartabatkan prestasi sekolah baik dari segi kurikulum mahupun kokurikulum.

CEMERLANG

Sangat baik.
Usaha yang berterusan dan semangat berpasukan yang tinggi di antara warga sekolah meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah menjadi asas utama dalam membentuk sekolah cemerlang.

TERBILANG

Mashur / terkenal
Dikenali walau dimana jua berada melalui pencapaian dan kecemerlangan sekolah yang ditonjolkan oleh warga sekolah melalui penglibatan aktif warga didik di sekolah.

VISI SEKOLAH
“SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2) 
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG”


MISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) berusaha mengembangkan potensi pelajar untuk menjadi insan kamil melalui  proses pengajaran dan pembelajaran  yang berkualiti.


FALSAFAH SEKOLAH
Berusaha menimbulkan suasana persekolahan yang membanggakan ke arah mempertingkatkan mutu pencapaian murid berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
       Meninggikan mutu kerja dan perkhidmatan cemerlang selalu.
       Bekerja dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.
       Memberi Pendidikan yang berkualiti dan adik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
       Memastikan waris murid mendapat maklumat yang secukupnya berhubung dengan prestasi kurikulum, kokurikulum, sosial dan disiplin.
       Mewujudkan iklim dan senario persekitaran yang bersih indah dan memberangsangkan ke arah pendidikan yang berkualiti.
       Memastikan semua murid celik 3M
       Memastikan sifar masalah disiplin
       Berpegang teguh kepada agama












11 comments:

  1. Anak saya memerlukan sekolah khas , Dia pemengang kad OKU (autisme Ringan dan ADHD) bagaimana saya nak mendaftarkan anak saya ke sekolah ini?

    ReplyDelete
  2. tuan boleh hadir ke sekolah bagi mendapatkan maklumat lanjut

    ReplyDelete
  3. bermula umur berapa tahun boleh masuk pra sekolah khas ni?

    ReplyDelete
  4. PROMOSI name tag sekolah/banner/piala/peralatan sukan/baju t-shirt/baju korporat...kunjungi :

    https://www.facebook.com/pages/Fiven-Jayyidan-Resources/196054580596433

    Fiven Jayyidan Resources
    012-3285815

    ReplyDelete
  5. Assalam...kami baru berpindah ke presint 9, sblm ni kami tinggal d kl. Saya nak pindah kan anak saya ke sekolah ini..apakah sekolah ini
    memerlukan sebarang kelayakan akademik? Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam.. boleh saya tahu sama ada anak berkeperluan khas (OKU) untuk rabun penglihatan boleh didaftarkan di sini?

    ReplyDelete
  7. Salam...saya nk daftar anak msk sini tahun depan, anak saya Oku (masalah pembelajaran & ADHD), sudah mendaftar dgn JKM, umur 8 thn. Boleh saya tahu perlu dokumen apa & prosedurnya? Tk

    ReplyDelete
  8. Salam...saya nk daftar anak msk sini tahun depan, anak saya Oku (masalah pembelajaran & ADHD), sudah mendaftar dgn JKM, umur 8 thn. Boleh saya tahu perlu dokumen apa & prosedurnya? Tk

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Salam...boleh saya tahu..kelas tahun 1 2017 ada berapa...dan adakah tahap pencapaian pelajar ikut nama kelas...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..... Jutaan terima kasih tidak terhingga dari kami warga SK Seri Inas ke atas layanan yg sangat2 baik oleh Pihak sekolah tuan amnya, khususnya kepada GPK En Ahmad Azli bin Hj Dakir dan Semua guru PPKI SK Presint 9(2) kerana telah menerima dan menjayakan lawatan penanda aras dari PPKI SK Seri Inas

    ReplyDelete