Pengawas, Pengawas PSS, Pengawas Kokurikulum , Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian , Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan pada Isnin, 13 Februari 2017 sebagai pengiktirafan kepada mereka yang telah dipilih.
Wednesday, 15 February 2017
Monday, 6 February 2017
PERMATA PINTAR - UJIAN SARINGAN UKM1
Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat
murid pintar cerdas iaitu Ujian Saringan UKM1 akan bermula dari 1 Februari 2017 hingga 31 Mei 2017. Ujian ini akan dijalankan secara atas talian selama tempoh
tersebut. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid yang berbakat bagi
menyertai program-program berikut :
a) Murid beragama Islam berusia 8 Tahun - Program Perkhemahan
PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2017.
b) Murid beragama Islam berusia 11 Tahun - Program Perkhemahan
Khas PERMATA Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2018 untuk
kemasukan ke Kolej PERMATA Insan pada tahun 2019.
c) Murid pelbagai bangsa berusia 9 - 15 Tahun - Program
Perkhemahan Cuti Sekolah STEM UKM - JHU 2017-2018 di Pusat PERMATApintar, UKM.
d) Murid berusia 11 - 15 Tahun - kemasukan ke KolejPERMATApintar UKM pada Tahun 2018.
Ujian di atas terbuka kepada semua murid berusia 8 - 15
Tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman sesawang http://ukm1.permatapintar.edu.my/ Maklumat lanjut tentang ujian tersebut juga
boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut.
Adalah dinasihatkan supaya murid-murid menjalani ujian ini di rumah supaya mereka dapat menumpukan sepenuhnya kepada soalan-soalan ujian itu.
PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH DAN SEKOLAH SELAMAT
Pagi tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Jom Ke
Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program kolaboratif antara
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha
menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.
Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan
2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih
positif.
Thursday, 26 January 2017
PROGRAM GURU PENYAYANG DAN PENYERAHAN MENTOR MENTEE 2017
Bertemakan 'Murid Disayangi, Guru Disanjungi', majlis pelancaran Program Guru Penyayang dan Penyerahan Mentor Mentee 2017 telah berlangsung pada 23 Januari 2017 bertempat di dataran perhimpunan SKPP 9(2). Program Guru Penyayang merupakan program yang melibatkan proses interaksi guru dan murid dari segi memberi bimbingan, sokongan dan nasihat kepada murid-murid tanpa mengira bangsa dan agama. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit HEM JPWPP, Encik Kamaluddin bin Mohd Kassim.
Saturday, 21 January 2017
MAKLUMAN KELAS ROBOTIK
SKPP9(2) dan World of Robotics Sdn Bhd akan menjalankan
kelas robotik. Ibu bapa yang berminat digalakkan untuk menghantar anak2
menyertai kelas ini.
Maklumat adalah seperti
berikut:
Hari :
Rabu
Masa : 1.45 -2.45
ptg
Sasaran : Tahun 4,5
Tempat :
SKPP9(2)
Bermula : 18 Jan 2017
Hari :
Jumaat
Masa : 2.45-4.45
ptg
Sasaran : Tahun 1,2,3
Tempat : SKPP9(2)
Bermula : 20 Jan 2017
Pendaftaran:
Tempat :
Dewan Sekolah
Yuran
: Pendaftaran = RM50
Yuran bulanan = RM60
Cara
pendaftaran:
1. SMS : SKPP9(2),
nama murid, kelas ke nombor 018-9001347
2. Isikan borang dan bawa semasa hari pendaftaran.
3. Bayar ke World of Robotics Sdn Bhd , akaun Public Bank
menerusi no akaun 3172285034.
4. Bawa resit pembayaran semasa pendaftaran.
5. Pembayaran juga boleh dibuat secara tunai semasa hari
pendaftaran kepada wakil World of Robotics.
6. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Mr Erik melalui
WhatsApp (016-6339292)
Subscribe to:
Posts (Atom)