Thursday 8 December 2016

PEMAKAIAN KASUT HITAM DAN STOKIN HITAM BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2017

Dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Putrajaya Presint 9(2), bermula sesi persekolahan 2017 semua murid diwajibkan memakai kasut kanvas dan stokin berwarna hitam pada setiap hari persekolahan.



Monday 14 November 2016

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF 2016 KPM

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) SK Putrajaya Presint 9(2) yang dinamakan Equals telah terpilih untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif 2016 Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung di PICC, Putrajaya pada 1-3 November 2016. Sebanyak 13 kumpulan bertanding untuk kategori pengurusan dan 7 kumpulan untuk kategori teknikal. Kumpulan Equals berjaya menggondol kesemua kategori yang telah dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Equals yang berjaya menewaskan wakil daripada kolej matrikulasi, kolej vokasional dan teknik serta IPG.

JOHAN KATEGORI PENGURUSAN
JOHAN PERSEMBAHAN TERBAIK
JOHAN FASILITATOR TERBAIK








KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SK Putrajaya Presint 9(2) telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Khamis, 27 Oktober 2016. Pada tahun ini semangat persaingan secara sihat begitu ketara dengan setiap wakil rumah sukan memperlihatkan kesungguhan masing-masing dalam setiap acara yang disertai. Berikut adalah keputusan akhir bagi temasya tahun ini.

KEDUDUKAN RUMAH SUKAN :
JOHAN : MERAH
NAIB JOHAN : BIRU
TEMPAT KETIGA : HIJAU
TEMPAT KEEMPAT : KUNING


JOHAN HIASAN KHEMAH : 
RUMAH BIRU

JOHAN PERBARISAN : 
RUMAH MERAH

JOHAN PASUKAN SORAK : 
RUMAH KUNING

Tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi untuk yang kurang berjaya.












Thursday 3 November 2016

HARI PERSATUAN PUTERI ISLAM MALAYSIA PERINGKAT PUTRAJAYA 2016

Hari Puteri, Persatuan Puteri Islam Malaysia peringkat Putrajaya telah berlangsung pada 26 Oktober 2016. Pada tahun, SK Putrajaya telah menjadi tuan rumah. Pelbagai acara dan pertandingan telah diatur untuk sambutan Hari Puteri ini. Antara acara yang berlangsung ialah bengkel kraftangan, permainan tradisional, bengkel jahitan dan juga tatacara penyediaan dan menghidang makanan menu orang sakit.








PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2016

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2016 telah berlangsung pada 22 dan 23 Oktober 2016 bertempat di Impian Country Resort Hulu Langat, Selangor. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti kerohanian, 'Night Tracking', 'Jungle Tracking' dan laluan berhalangan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membina semangat dan ketahanan murid-murid yang terlibat dalam suasana perkhemahan yang serba kekurangan. 




                         
 









INTERNATIONAL YOUNG TALENTS GATHERING 2016

Pada 22 dan 23 Oktober 2016,  bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur telah berlangsung acara International Young Talents Gathering 2016 . Acara ini merupakan anjuran bersama SK Jalan 3 Bangi, Pusat Belia Antarabangsa dan Maktab Perguruan Ilmu Khas. SK Putrajaya Presint 9(2) telah menghantar beberapa penyertaan seperti Pertandingan Scrabble, membina Persembahan Powerpoint dan bolasepak. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

1. Bronze Medalist : Scrabble Tournament
2. Bronze Medalist : Powerpoint Presentation Competition
3. Bronze Medalist : Football Tournament







PROGRAM JARINGAN BERSAMA GLOBAL ISLAMIC BOARDING SCHOOL, KALIMANTAN SELATAN, INDONESIA

Pada 13 Oktober 2016, SK Putrajaya Presint 9(2) telah menerima lawatan daripada guru-guru dan pelajar-pelajar daripada Global Islamic Boarding School, Kalimantan Selatan, Indonesia. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membina kerjasama dan jaringan di antara kedua-dua buah sekolah dari segala segi untuk meningkatkan lagi kecemerlangan institusi masing-masing.




Saturday 15 October 2016

PENANG INTERNATIONAL KIDS STORY TELLING 2016


Pada 14&15 Oktober 2016 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu telah berlangsung pertandingan Penang International Kids Storytelling yang diadakan di Gems International School Of Pearl City. SK Putrajaya Presint 9(2) telah menghantar 3 orang peserta bersama 4 orang guru pengiring untuk pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

  • B.INGGERIS : Gold Award
          Hazif Danish Bin Darwish
          Tajuk: The Little Match Boy
  • B.MELAYU  : Silver Award
          Nurul Hani Abdul Halim  
          Tajuk: Kisah Pokok Epal
  • B.ARAB       :  Silver Award
          Muhammad Nabil Iman B. Irwan

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Dari kiri: Nurul Hani Abdul Halim, Hazif Danish Bin Darwish  dan Muhammad Nabil Iman B. Irwan







KARNIVAL NASYID PRASEKOLAH

Pada 13 Oktober 2016 telah berlangsung Karnival Nasyid Prasekolah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9. SK Presint 9(2) telah menyertai karnival ini dengan menghantar satu kumpulan nasyid yang terdiri dari murid-murid prasekolah di bawah bimbingan Pn. Mozmeza Dahlia dan Pn. Tengku Norihan bt. Tg. Alang. Pasukan ini telah mendapat tempat saguhati.



PROGRAM TAHUN 6 GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA


Pada hari Jumaat, 14 Oktober 2017. guru-guru bersama-sama dengan murid-murid tahun 6 SK Putrajaya Presint 9(2) bergotong-royong menyiapkan bubur asyura sebagai salah satu program selepas UPSR. Semoga program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang semangat bekerjasama dan tolong-menolong serta mengeratkan ukhuwah di kalangan warga sekolah.