Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang
telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun, pelbagai acara telah diadakan di seluruh negara. Hari Sukan Negara pada
tahun ini diadakan pada 8 Oktober 2016. Antara acara yang telah dijalankan di
peringkat sekolah adalah seperti senamrobik dan permainan bola jaring. Selain
itu, SKPP 9(2) juga terlibat dengan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di Presint 2, Putrajaya. SKPP 9(2)
telah menghantar pasukan senamrobik,
bola jaring pra sekolah, futsal pra sekolah dan juga Larian Ria yang
diwakili oleh murid-murid tahun 5 dan 6 bersama-sama guru pengiring. Lebih
membanggakan apabila pasukan senamrobik SKPP 9(2) telah berjaya menjadi Johan
Peringkat Kebangsaan untuk kali ketiga berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada
semua yang terlibat
No comments:
Post a Comment