Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah mengadakan
pelancaran Program Jom Fit 2017 yang disempurnakan oleh Penolong Pengarah Unit
Sukan JPWP Putrajaya , Encik Sulaiman bin Rizlan pada hari Jumaat, 20 Januari
2017.
Program Jom Fit ini bertujuan untuk membantu para pelajar
dan juga staf mencegah penyakit berbahaya,mengurangkan kadar penyakit yang
sedia ada bahkan meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik di kalangan
mereka.
No comments:
Post a Comment