Saturday, 15 October 2016

PENANG INTERNATIONAL KIDS STORY TELLING 2016


Pada 14&15 Oktober 2016 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu telah berlangsung pertandingan Penang International Kids Storytelling yang diadakan di Gems International School Of Pearl City. SK Putrajaya Presint 9(2) telah menghantar 3 orang peserta bersama 4 orang guru pengiring untuk pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

  • B.INGGERIS : Gold Award
          Hazif Danish Bin Darwish
          Tajuk: The Little Match Boy
  • B.MELAYU  : Silver Award
          Nurul Hani Abdul Halim  
          Tajuk: Kisah Pokok Epal
  • B.ARAB       :  Silver Award
          Muhammad Nabil Iman B. Irwan

Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Dari kiri: Nurul Hani Abdul Halim, Hazif Danish Bin Darwish  dan Muhammad Nabil Iman B. Irwan







KARNIVAL NASYID PRASEKOLAH

Pada 13 Oktober 2016 telah berlangsung Karnival Nasyid Prasekolah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9. SK Presint 9(2) telah menyertai karnival ini dengan menghantar satu kumpulan nasyid yang terdiri dari murid-murid prasekolah di bawah bimbingan Pn. Mozmeza Dahlia dan Pn. Tengku Norihan bt. Tg. Alang. Pasukan ini telah mendapat tempat saguhati.



PROGRAM TAHUN 6 GOTONG ROYONG BUBUR ASYURA


Pada hari Jumaat, 14 Oktober 2017. guru-guru bersama-sama dengan murid-murid tahun 6 SK Putrajaya Presint 9(2) bergotong-royong menyiapkan bubur asyura sebagai salah satu program selepas UPSR. Semoga program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada murid-murid tentang semangat bekerjasama dan tolong-menolong serta mengeratkan ukhuwah di kalangan warga sekolah.





 





Sunday, 9 October 2016

HARI SUKAN 1 NEGARA



Bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara yang telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun, pelbagai acara telah diadakan di seluruh negara. Hari Sukan Negara pada tahun ini diadakan pada 8 Oktober 2016. Antara acara yang telah dijalankan di peringkat sekolah adalah seperti senamrobik dan permainan bola jaring. Selain itu, SKPP 9(2) juga terlibat dengan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 bertempat di Presint 2, Putrajaya. SKPP 9(2) telah menghantar pasukan senamrobik,  bola jaring pra sekolah, futsal pra sekolah dan juga Larian Ria yang diwakili oleh murid-murid tahun 5 dan 6 bersama-sama guru pengiring. Lebih membanggakan apabila pasukan senamrobik SKPP 9(2) telah berjaya menjadi Johan Peringkat Kebangsaan untuk kali ketiga berturut-turut. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat









Saturday, 8 October 2016

ENGLISH JAMBOREE NATIONAL LEVEL 2016


Pada 8 Oktober 2016 bertempat di SK Seremban 2A, Negeri Sembilan telah diadakan Jambori Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan 2016. SKPP 9(2) dengan diiringi oleh dua orang guru iaitu Pn Hazrina Bt Carton dan Pn Nooratikah Zakaria telah menghantar wakil yang terdiri daripada tiga orang murid  tahun 6 iaitu Muhammad Hadri Ilman B Mohd Hazim, Fatin Daniela Bt. Abu Bakar dan Ameerah Sofia Bt. Ungku Mohammad Al Hady. Kumpulan ini telah mendapat Naib Johan Mighty One Challenge  dan Muhammad Hadri Ilman B Mohd Hazim telah dinobatkan sebagai The Best Contestant. Tahniah diucapkan atas kejayaan ini.







Friday, 5 August 2016

PROGRAM MEMBINA HIJAU PUTRAJAYA

Pada hari Sabtu, 6 Ogos 2016 bertempat di Taman Wetland, Putrajaya satu Program Membina Hijau Putrajaya anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya Holdings dan Alam Flora telah berlangsung. Program Membina Hijau Putrajaya ini adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk mencapai matlamat bagi memupuk kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan kanak-kanak dan belia dari latar belakang yang berbeza yang mensasarkan pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya. Seramai 5 orang murid dan seorang guru pengiring dari SK Putrajaya Presint 9(2) telah menyertai pertandingan Wetland Race dan berjaya mendapat tempat Naib Johan. Mereka terdiri daripada:

                                1. Puan Syahila Alias (Guru Pengiring)
                                2. Muhammad Nur Hakim (6C)
                                3. Muhammad Syamil (6E)
                                4. Muhammad Wafi (6E)
                                5. Muhammad Khairul Afiq (6E)
                                6. Muhammad Faris (6D






Monday, 1 August 2016

SAMBUTAN SYAWAL DI SK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 berlangsung dengan meriah sekali pada hari Jumaat, 29 Julai 2016 . Guru-guru, staf, AJK PIBG dan murid-murid turut bersama-sama  meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan warna-warni pakaian raya dan pelbagai juadah raya yang menyelerakan.

Terima kasih kepada para guru yang telah bersedia lebih awal dengan persiapan tempat,pentas dan juadah. Juga kepada ibu bapa dan PIBG yang turut sama menyumbangkan juadah dan tenaga dalam bersama-sama menjayakan acara ini.

Majlis dimulai dengan bacaan Yasin kemudian diikuti dengan ucapan guru besar dan persembahan guru serta murid yang menghiburkan. Kemuncak kepada sambutan adalah jamuan raya. Semua warga SK Putrajaya Presint 9(2) bergembira menikmati juadah yang disediakan di stesen-stesen yang dikhaskan bagi setiap tahun.


Majlis diakhiri dengan bersama-bersama mengemas dan membersihkan kawasan disekeliling dataran. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.